SETIU – Peserta projek ternakan lembu fidlot Kampung Seri Kenangan di sini menerusi Sejahtera Komuniti (Sejati) Madani mengambil inisiatif menawarkan pakej korban secara ansuran dan lebih murah bagi membantu penduduk menyertai ibadah itu sempena Aidiladha mula disambut pada hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Seri Kenangan, Mohamad Saad berkata, mereka menawarkan kadar sebahagian lembu cuma RM600 berbanding mencecah RM900 di tempat-tempat lain. “Kami memahami ramai berhasrat mahu menyertai ibadah korban tetapi kurang berkemampuan ekoran harga…














