SEREMBAN – Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, seorang pengusaha khidmat mengasah pisau dan parang dari Mahkota Hill, Lenggeng di sini sibuk menerima tempahan daripada individu, surau, masjid dan pasukan penyembelih korban. Fauzul Amin Zakaria, 36, berkata, setiap kali musim korban, permintaan terhadap khidmat mengasah pisau meningkat mendadak sehingga dia terpaksa mengehadkan jumlah tempahan bagi memastikan kualiti kerja sentiasa terjaga. “Kalau hari biasa saya terima sekitar 10 bilah seminggu, tetapi musim korban boleh cecah sehingga 25 bilah sehari. Memang tidak menang…














