fbpx
RAYO Vallecano bersedia untuk mencipta kejutan ke atas Crystal Palace pada aksi final Liga Konferens Europa selepas menewaskan RC Strasbourg pada aksi separuh akhir baru-baru ini. - AFP

Liga Konferens: Rayo Vallecano tak gentar ancaman Crystal Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEIPZIG – Pasukan Rayo Vallecano hanya perlu menzahirkan kualiti sebenar dan tidak akan pernah gentar dengan cabaran yang bakal diberikan oleh Crystal Palace pada aksi final Liga Konferens Europa di Red Bull Arena, awal pagi esok.

Rayo yang hadir sebagai pasukan ‘underdog’ tekad mahu menamatkan ramalan awal yang memihak kepada wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam pemburuan trofi sulung mereka di pentas Eropah.

Pengurus Rayo Vallecano, Inigo Perez memasang impian untuk melihat anak buahnya kekal berani untuk berdepan cabaran terakhir musim ini dan kekal menyerlahkan keberanian.

“Apabila pertandingan ini bermula, kami melihat ke arah semua pasukan dan kelompok penyokong. Jika diminta untuk membuat senarai, ramai yang mengatakan Crystal Palace berpeluang untuk bergelar juara.

“Kami tahu inilah bola sepak dan inilah keindahan bola sepak, walaupun kami tahu Crystal Palace ada potensi besar, kami kena ‘menentang’ analisis (jangkaan) awal. Jurulatih mereka sudah umumkan akan meninggalkan pasukan, jadi ia juga akan mewujudkan emosi berbeza dikalangan pemain.

“Mereka pasti akan mahu berikan yang terbaik buat diri mereka dan jurulatih. Apa yang mereka ada sudah cukup jelas, mereka agak bagus ketika bertahan dan menyerang,” katanya.

Perez yang berjaya membawa pasukannya layak ke final pertama di pentas Eropah turut mengakui dirinya kini seakan-akan masih belum percaya dengan pencapaian diraih ketika ini.

“Ia mengambil sedikit masa untuk kami sedar pencapaian yang sudah kami capaisekarang. Kamisudah lalui pelbagai pengajaran berharga dan langkah terakhir kini pastinya di Leipzig, jadi kami berharap kami mampu mencipta cerita manis,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN