fbpx

PRU15: Lebih 1,000 sukarelawan sertai #TeamKJ untuk ‘gempur’ Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Tidak sampai 24 jam dilancarkan, #TeamKJ kini telah berjaya mengumpul lebih 1,000 sukarelawan bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di laman Twitter Khairy Jamaluddin berkata, pasukan tersebut akan digerakkan ke semua kawasan di Sungai Buloh dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Alhamdullilah lebih 1,000 orang sudah mendaftar sebagai sukarelawan #TeamKJ dalam tempoh 24 jam.

“Jom adakan kempen selamat dan sihat. Tidak sabar untuk membina Sungai Buloh yang lebih baik dengan bantuan anda,” ciapnya.

Terdahulu, semalam, Khairy Jamaluddin telah melancarkan kempen jom sertai #TeamKJ di beberapa platform media sosialnya.

Sukarelawan tersebut akan berkhidmat sepanjang tempoh kempennya di Sungai Buloh bermula esok sehingga 18 November depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI