fbpx
Abdul Hadi

Hadi Awang seru umat Islam pertahan kedaulatan politik Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemenangan Islam hanya dapat dicapai apabila agama itu berdaulat dan mempunyai kuasa politik untuk mentadbir sesebuah negara.

Menerusi kenyataan sempena sambutan Maal Hijrah bertajuk Hijrah Kemenangan Islam Berdaulat (Berkuasa Politik), beliau berkata Islam sebagai al-din yang sempurna merangkumi urusan agama dan dunia, sekali gus tidak boleh dipisahkan daripada pentadbiran negara.

“Perjuangan hijrah yang dibawa Rasulullah SAW bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi usaha menegakkan sebuah negara Islam yang berteraskan keadilan, kebajikan, undang-undang serta petunjuk wahyu.

“Islam mewajibkan pelaksanaan ajarannya secara menyeluruh termasuk dalam aspek pemerintahan, politik dan kemasyarakatan,” katanya.

Abdul Hadi turut menegaskan bahawa model negara Madinah yang diasaskan Rasulullah SAW menjadi contoh perpaduan antara golongan Muhajirin dan Ansar, selain membuktikan masyarakat pelbagai kaum dan agama mampu hidup bersama di bawah pemerintahan yang adil.

Dalam kenyataan sama, beliau menyentuh perkembangan geopolitik dunia Islam dengan merujuk kebangkitan semula gerakan Islam termasuk di Iran dan Palestin.

Katanya, usaha memecahbelahkan umat Islam melalui sentimen mazhab dan perkauman terus digunakan oleh musuh Islam bagi melemahkan kebangkitan umat.

Beliau turut menyifatkan gabungan kuasa barat, Zionis dan sekutunya yang menentang negara serta gerakan Islam sebagai mengulangi pendekatan pakatan Ahzab pada zaman Rasulullah SAW.

“Musuh Islam akan terus berusaha menentang kebangkitan umat, namun sejarah membuktikan pakatan tersebut akhirnya gagal,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menyeru umat Islam agar memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan kefahaman agama dan meneruskan perjuangan menegakkan Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk pemerintahan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN