fbpx
Telur pecah kini menjadi buruan pengusaha kek, kuih dan biskut kerana sukar untuk mendapatkan telur elok di pasaran. – GAMBAR HIASAN

Bekalan kurang, telur pecah pula jadi buruan tauke kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Krisis bekalan telur ayam yang sedang melanda negara ketika ini membuatkan permintaan telur pecah melambung terutama dalam kalangan pengusaha kek, biskut dan kuih di negeri ini.

Pembekal telur yang ingin dikenali sebagai Faizal, 45, berkata, telur pecah kini menjadi buruan meskipun dia sudah menghentikan tempahan daripada pengusaha-pengusaha terbabit.

Katanya, kesukaran untuk memperoleh bekalan telur ayam bagi kesemua gred di peringkat ladang menjadi faktor utama dia menghentikan pengedaran kepada para pengusaha kek di kawasan pulau negeri ini.

“Ramai pengusaha kek, biskut dan kuih kini mencari stok telur ayam pecah tetapi saya tidak dapat tunaikan permintaan mereka kerana kesemua telur ayam yang diperoleh kini berada dalam keadaan baik.

“Selalunya, bekalan telur ayam pecah berlaku di peringkat pembekal disebabkan bilangan­nya yang banyak serta kedudukan bekasnya yang rapat dan padat semasa diletakkan di atas lori,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Faizal, dia terpaksa mengutamakan peniaga pasar runcit di pasar awam, pasar mini dan pasar raya berikutan berdepan kekurangan masalah bekalan sehingga 70 peratus ketika ini.

“Dahulu, memang saya lebih utamakan pelanggan isi rumah di pasar awam tetapi sekarang ini, pengedaran terpaksa dibuat mengikut jumlah yang sama rata dan secara bergilir kepada semua pelanggan tetap supaya semua orang dapat bekalan telur,” tambahnya.

POPULAR