fbpx
Anwar turun padang dan menyantuni masyarakat serta pengundi DUN Ampangan di Benteng @ Ampangan di sini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

PRN N. Sembilan: Pilih wakil rakyat berintegriti, bukan hanya pandai berjanji – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Rakyat diseru memilih wakil rakyat yang mempunyai maruah dan integriti, bukannya hanya bergantung kepada janji untuk menjaga kepentingan sesuatu kaum semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beekata, pengalaman dalam pentadbiran menunjukkan pembangunan yang baik bukan sekadar melibatkan peruntukan kewangan, sebaliknya perlu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Jelas beliau, antara contoh yang boleh dilihat adalah pengurusan sumber pasir apabila Kerajaan Negeri Sembilan mengambil pendekatan berbeza dengan memastikan hasil daripada aktiviti berkenaan kembali memberi manfaat kepada kerajaan.

“Kerajaan Negeri (lain) tengok bagaimana kita boleh belajar daripada Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun). Dulu kontrak-kontrak korek pasir kena dapat duit, dia ambil dan jual pasir. Tetapi kerajaan sekarang suruh dia korek dan bayar balik kepada kerajaan. Ini bezanya,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika turun padang dan menyantuni masyarakat serta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan di Medan Selera Ampangan atau dikenali sebagai Benteng @ Ampangan di sini petang tadi.

Beliau turut membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Dun Ampangan, Datuk Seri Muhammad Nazri Kassim.

Menurut Anwar, pendekatan sama turut digunakan dalam pembangunan sebuah hotel besar di Port Dickson bagi memastikan nasib kira-kira 50 keluarga nelayan di kawasan berkenaan tidak terpinggir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN