fbpx

Bapa meninggal beberapa jam sebelum terima ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafiz menerima skrol ijazah daripada Tunku Datuk Nooruddin pada majlis Konvokesyen UniSZA ke-14 di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima segulung ijazah hari ini dalam kepiluan apabila bapanya meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis konvokesyen bermula.

Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, berkata, bapanya, Mokhtar Mat Isa, 65, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 1 pagi.

“Ayah terjatuh sewaktu kami berada di sebuah inap desa di Teluk Ketapang di sini sebelum terkena serangan jantung.

“Kami bergegas membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu namun beliau meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan,” katanya ketika ditemui selepas menerima skrol ijazah pada majlis Konvokesyen UniSZA ke-14 di sini hari ini.

Beliau menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian daripada Pro Canselor UniSZA, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Shahabuddin.

Muhammad Hafiz berkata, beliau menggagahkan diri menghadiri majlis konvokesyen berkenaan walaupun masih terduka dengan kehilangan bapanya.

Anak ketiga dari enam beradik itu berkata, beliau, bapa dan ibunya, Salmah Kasa, 64, bertolak dari rumah mereka di Kampung Selayang Baru, Selangor untuk menghadiri majlis konvokesyen berkenaan pada hari Ahad.

“Arwah ayahnya sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen buat pertama kali kerana saya anak pertama yang menjejak menara gading.

“Beliau sangat gembira melawat tempat-tempat menarik di Terengganu dan tidak sangka ia kenangan manis terakhir saya bersamanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI