fbpx
Jaslinda.

Jaslinda tidak sabar untuk hadir konvokesyen anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pendaki wanita yang ditemukan selamat pada Sabtu lalu selepas dua minggu hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, tidak sabar untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak, Mohd. Azlan Helmi berkata, sepanjang melawat wanita itu tidak lekang kegembiraan selain kerap tersenyum.

“Kadar pemulihan dia (Jaslinda) makin cepat dan nak cepat keluar hospital untuk keluar bagi mengikuti konvokesyen anaknya tidak lama lagi.

“Cuma dia kongsikan tadi, tiada gangguan mistik, memang betul bergantung air sungai untuk hidup dan tidur dalam keadaan baik,” katanya semasa melawat wanita itu di Hospital Tapah di sini hari ini.

Katanya, Jaslinda turut mempunyai wisel bersamanya dan ditiup dengan kerap.

“Dia dengar bunyi helikopter lalu dan tiup wisel serta jumpa nota sepanjang SAR namun mungkin kerana bertentang arah menyebabkan dia tidak dijumpai. Jaslinda cuma berbekalkan botol air dan botol air yang dijumpai ada dalam TikTok, pek makanan, gula-gula getah bukan kepunyaannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN