SEMANGAT kebersamaan dan keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli terus diperkukuhkan menerusi penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Komuniti Sejahtera: Cakna Madani Orang Asli (Cakna Madani) di Kampung Sungai Pergam, Kemaman, Pahang baru-baru ini. Program yang menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi itu bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. Program itu hasil kolaborasi strategik antara Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu, Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Felda Wilayah Terengganu. Pendaftar UniSZA,……














