fbpx

Lelaki tidak sengaja rempuh tandas tertua di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan selepas rempuhan kereta berlaku. - Jawatankuasa Pendidik Wilayah Kyoto

TOKYO – Seorang lelaki yang ditugaskan untuk memelihara warisan budaya Jepun secara tidak sengaja merempuh tandas tertua di negara itu yang terletak dalam sebuah kuil Buddha kuno menggunakan keretanya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Tandas umum di Tofukuji, Kyoto yang digelar ‘tosu’ dibina pada abad ke-15 dan telah ditetapkan sebagai aset budaya penting bagi negara matahari terbit itu.

Ia digelar ‘hyakusecchin’, yang bermaksud tandas 100 orang kerana digunakan oleh lebih daripada 100 sami pelatih di kuil yang mengamalkan disiplin diri agama.

Akibat rempuhan tersebut, pintu tandas tersebut rosak teruk selepas pekerja itu menekan minyak tanpa menyedari kedudukan gear dalam posisi mengundur.

Tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan di dalam tandas berada dalam situasi baik.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu bekerja di Pemeliharaan Warisan Kyoto, dan dia menghubungi polis sejurus selepas kemalangan.

Pengarah Institut Penyelidikan Tofukuji, Toshio Ishikawa, sangat terkejut apabila melihat gambar yang memaparkan skala insiden berkenaan.

Seorang pegawai lain berkata, walaupun kerosakan itu boleh dibaiki, memulihkan bahagian luar kepada keadaan asal akan menuntut banyak masa dan kerja keras. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI