fbpx

PM hubungi KP Pendidikan isu guru viral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menyampaikan sumbangan kepada lebih 800 masyarakat India sempena sambutan Deepavali pada program Moh Ngeteh bersama Komuniti Masyarakat India Parlimen Bera di Dewan Paya Luas di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap situasi menang-menang dapat dicapai antara Kementerian Pendidikan dan seorang guru yang didakwa dikenakan tindakan kerana mengkritik sistem pendidikan.

Beliau berkata, dalam menjaga integriti, pihak kementerian perlu mengambil kira pelbagai pandangan dalam memutuskan tindakan dan penjawat awam pula perlu menghormati pihak kementerian.

“Saya menelefon Ketua Pengarah Pendidikan tentang guru yang tersebar tular dalam media sosial konon tindakan akan diambil terhadap beliau seperti dipecat, turun pangkat digantung dan macam-macam lagi.

“Surat tunjuk sebab itu perkara biasa dalam jabatan kerajaan, tetapi esok jawatankuasa disiplin akan bermesyuarat dan membuat keputusan selepas itu,” katanya pada sidang media program Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen B’era di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rintihan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan mengenai surat daripada Kementerian Pendidikan memaklumkan beliau akan dipecat atau diturunkan pangkat kerana membuat kritikan di media sosial.

Antara kritikan yang dibuat guru berkenaan silibus yang tinggi dan padat, subjek yang banyak, beg berat, masa belajar subjek teras tidak mencukupi dan juga kewujudan ‘little napoleon’ dalam sistem pendidikan menyebabkan berlaku kerosakan.

Menurut Ismail Sabri, beliau tidak mahu mendahului keputusan jawatankuasa disiplin, namun percaya tindakan yang keras tidak akan berlaku dan perkara positif akan didengari esok.

“Saya dimaklumkan pagi tadi ‘viral’. Banyak komen netizen tindakan yang mungkin diambil. Ramai berikan komen negatif, sebab itu saya beritahu Ketua Pengarah Pendidikan dalam masa sama menjaga integriti pendidikan, mesti dengar pandangan masyarakat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI