fbpx
KAH Woh berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu JPN Perlis di Kangar, hari ini. - Foto oleh IZLIZAN OTHMAN

RM73.79 juta pacu pembangunan pendidikan Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Sebanyak 35 projek pembangunan pendidikan bernilai RM73.79 juta sedang dilaksanakan di Perlis bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran dan memperkukuh infrastruktur pendidikan negeri itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan dan naik taraf bangunan sekolah, perolehan tanah serta penyediaan pelbagai kelengkapan pendidikan di seluruh negeri.

“Secara keseluruhannya terdapat 35 projek di negeri Perlis yang dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM73.79 juta.

“Pelaksanaan projek tersebut terdiri daripada 10 projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan 25 projek sambungan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis yang disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN