fbpx
TUANKU Syed Sirajuddin (kanan) bertitah pada Majlis Perasmian Bangunan JPN baharu di Kangar, hari ini. - Foto oleh IZLIZAN OTHMAN

Literasi, numerasi murid perlu diperkasa – Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah supaya isu literasi dan numerasi setiap murid terus diberi perhatian serius dan diperkasa.

Titah baginda, penguasaan kemahiran asas merupakan tunjang penting dalam melahirkan generasi yang mampu bersaing dan menyesuaikan diri dengan perubahan dunia pendidikan.

“Isu literasi dan numerasi hendaklah terus ditangani secara berfokus agar setiap murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sejak di bangku sekolah rendah.

“Perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada usaha meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh merangkumi aspek ilmu, kemahiran dan pembentukan nilai karamah insaniah,” titah baginda ketika berangkat merasmikan bangunan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis baharu di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan putera baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Dalam pada itu, baginda percaya kemudahan lengkap dan moden yang disediakan di bangunan berkenaan mampu menjadi wahana penting dalam memperkukuh pengurusan pendidikan serta meningkatkan profesionalisme warga pendidik di negeri ini.

Titah baginda, penguasaan ilmu, penghayatan pedagogi yang berkesan serta budaya perkongsian ilmu dan kemahiran digital perlu terus diperkasa agar sistem pendidikan negara kekal relevan dan berdaya saing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN