fbpx
Abu Bakar

Jangan skor gol sendiri – MB Perlis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menasihatkan pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN) supaya tidak membangkitkan isu lama yang boleh menjejaskan kekuatan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, semua pihak sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti serta merangka strategi bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

“Bagi saya, ini isu lama. Saya rasa hampir enam bulan dah dan tidak perlu dibangkitkan semula.

“Apabila isu itu dibangkitkan, maka banyak netizen akan main peranan,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas negeri yang menyentuh isu Akuan Bersumpah (SD) berkaitan kemelut politik negeri sebelum ini.

Menurut Abu Bakar, Perlis setakat ini belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut dan beliau sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sama ada mengesahkan atau menafikannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN