fbpx

Mahkamah: Lelaki pukul adik ipar guna kayu didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Perbuatan seorang lelaki memukul adik iparnya menggunakan sebatang kayu gara-gara perselisihan faham membawa padah apabila diperintahkan membayar denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Nabiha Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M. Jagan, 37, yang mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja didapati telah menyebabkan ‘soft tissue injury’ terhadap M.R. Livesh, 29, menggunakan sebatang kayu kira-kira pukul 3.30 petang di Plaza Mahkota 11 dalam daerah Melaka Tengah pada 31 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Ishak Kari merayu hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesal atas perbuatannya dan kesalahan itu adalah yang pertama kali dilakukan.

Tertuduh juga mendakwa dia telah berbaik dengan pengadu dalam kes terbabit selain perlu menyara isteri serta tiga anak yang masih kecil dengan pendapatan bulanan sebagai pemandu lori sebanyak RM1,500 sebulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI