fbpx

KPDNHEP Perak rampas pakaian, peralatan sukan bela diri tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa KPDNHEP Perak menunjukkan barangan yang dirampas di sebuah premis perniagaan dekat Teluk Intan semalam.

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita pakaian, peralatan dan kelengkapan sukan seni bela diri berjenama terkenal bernilai RM80,192 di sebuah premis perniagaan di Kawasan Perindustrian Anson dekat Teluk Intan semalam.

Serbuan pukul 12.40 tengah hari itu dijalankan oleh pegawai dan anggota penguatkuasa KPDNHEP Teluk Intan diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa daerah, Mohd. Badrul Hisham Ahmad Alias.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, operasi membanteras aktiviti penjualan
barang tiruan itu dijalankan selepas risikan selama dua minggu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati
premis itu merupakan sebuah gudang perniagaan yang menjual pakaian, peralatan dan kelengkapan sukan seni bela diri berjenama terkenal disyaki tiruan secara dalam talian.

“Berdasarkan siasatan awal, syarikat tersebut beroperasi selama dua tahun dan barangan berjenama terkenal itu diperolehi dari negara China.

“Harga yang dijual bagi setiap barangan bermula daripada RM7 sehingga RM49 di mana keuntungan yang diperolehi boleh mencecah RM34,000 sebulan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan serbuan itu, tiga lelaki warga tempatan berusia 30-an iaitu dua pekerja dan seorang pemilik perniagaan ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI