fbpx
SAARANI (tengah) merasmikan Halaman Suri Sejahtera Negeri Perak di Taman Lapangan Terbang, di Ipoh hari ini.

Perak pantau penyebaran ajaran sesat, keadaan masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa sebarang penyebaran ajaran yang meragukan dan disyaki menyeleweng daripada agama Islam sentiasa dipantau rapi oleh pihak berkuasa agama.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setiap aduan atau maklumat berkaitan penyebaran fahaman berkenaan akan disiasat oleh pihak berkaitan dan setakat ini keadaan di negeri ini masih terkawal.

“Ada (kes yang dikesan di negeri ini) tapi saya tidak dapat memberikan angka. Kita memang tahu (kewujudan fahaman tersebut,) namun ia masih dalam kawalan kita,” katanya selepas merasmikan Halaman Suri Sejahtera Negeri Perak di Taman Lapangan Terbang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, sebarang penyebaran fahaman yang bercanggah dengan agama Islam sentiasa dibincangkan dalam Jawatankuasa Keselamatan Negeri yang dipengerusikannya, dengan laporan berkaitan disalurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Mufti Perak.

Malah katanya, Sultan Perak selaku Ketua Agama Islam negeri turut mengambil maklum perkara itu apabila beliau bersama Pengarah JAIPk dan Timbalan Mufti Perak telah dipanggil menghadap untuk memberi taklimat.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan dilaporkan berkata, penyebaran ajaran sesat di negara ini kini beralih daripada pertemuan fizikal kepada penggunaan media sosial dan aplikasi mesej tertutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN