fbpx

Temerloh, Pekan paling banyak dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
banjir besar menenggelamkan Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Bulo di Mentakab akhir tahun lalu.

KUANTAN – Sebanyak 554 lokasi hotspot banjir telah dikenal pasti di Pahang pada tahun ini yang melibatkan kesemua 11 buah daerah di negeri ini.

Daripada jumlah itu, Temerloh merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 124 lokasi, diikuti Pekan (68) dan Bentong (54).

Mengikut data terbaharu itu juga menyaksikan 53 lokasi hot spot dikenal pasti di Kuantan, Jerantut (52), Bera (47), Rompin (40), Lipis (38), Raub (37), Maran (30) dan Cameron Highlands (11).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad ­Zaidi Wan Isa berkata, berdasarkan kawasan hot spot yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran itu, pasukannya telah bersiap siaga dan mula membuka bilik ge­rakan di Ibu Pejabat JBPM Kuantan dan di JBPM zon Temerloh.

“Dari segi logistik, bomba ada 51 jentera peralatan marin dan 37 utiliti penarik bot. Insya-Allah kita akan dapat tambahan 15 buah bot lagi.

“Kita juga beri kerjasama kepada pengurusan bencana ne­geri untuk kenal pasti landing point baharu seperti di Kuala Lipis, Chenor dan Jerantut bagi memudahkan helikopter turun memberi bantuan,” katanya.

Menurutnya, dalam berhadapan kemungkinan banjir tahun ini, JBPM sedia menggerakkan kesemua 1,011 warga bomba di Pahang termasuklah yang terlibat dalam pentadbiran selain pasukan sukarela.

Berita berkaitan: Lari dulu sebelum Bentong tenggelam

Kosmo! semalam melaporkan, penduduk di sekitar Bentong kini bimbang kawasan mereka ‘tenggelam’ buat kali ketiga dalam banjir besar seperti yang berlaku pada Mei lalu dan Disember tahun lepas yang menenggelamkan banyak rumah, merosakkan harta benda dan meragut nyawa.

Mereka yang tinggal di Kampung Chegar Medang dan Benus mendakwa, bukan sahaja belum bermula projek tebatan banjir, malah kawasan sungai juga belum didalamkan sepenuhnya dan terdapat longkang tersumbat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI