fbpx
TENGKU ZAFRUL

Piala Thomas: Zafrul anggap tamparan realiti pahit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, mengakui kekalahan 0-3 kepada China pada aksi suku akhir Piala Thomas 2026 sebagai satu tamparan realiti yang pahit buat skuad negara.

Beliau menyifatkan keputusan di Horsens, Denmark itu jauh daripada apa yang diharapkan, namun menegaskan kegagalan tersebut membuka mata semua pihak bahawa tahap permainan negara masih perlu dipertingkatkan dengan segera.

“Bukan keputusan yang kita harapkan dan memang banyak yang perlu diperbaiki. Tapi inilah realiti yang perlu kita hadapi,” katanya menerusi satu hantaran di laman media sosial rasminya, semalam.

Di sebalik kekecewaan itu, Tengku Zafrul yang turut bersama peminat pada majlis Big Screen Piala Thomas di Pandan Indah, kelmarin, tersentuh dengan sokongan luar biasa rakyat Malaysia yang terus berdiri teguh di belakang pasukan negara.

“Malam ini di Pandan, dewan tetap penuh. Sorakan tetap ada. Semangat tetap terasa, seperti berada di stadium.

“Dengan kehadiran legenda seperti Datuk Seri Lee Chong Wei dan sokongan padu para penyokong, satu perkara yang jelas adalah harapan itu masih ada, tetapi standard juga perlu ditingkatkan,” katanya.

Menurutnya, BAM tidak akan berdiam diri dan memberi bayangan bahawa satu bedah siasat menyeluruh akan dilakukan bagi menilai segala kelemahan yang membawa kepada kegagalan di Denmark.

Malaysia terpaksa akur menamatkan kempen edisi 2026 di peringkat suku akhir selepas tunduk dalam perlawanan set langsung kepada gergasi Asia, China sekali gus memanjangkan kemarau kejuaraan Piala Thomas negara yang kali terakhir dimenangi pada 1992.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN