fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Sososobrino_ di laman Threads.

[VIDEO] ‘Tak semua lelaki layak jadi ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang memarahi dan menengking isterinya di hadapan sebuah restoran makanan segera berhampiran Lapangan Terbang Senai mengundang kecaman orang ramai selepas rakaman dan perkongsian kejadian itu tular di media sosial.

Perkongsian oleh pengguna Threads, @Sososobrino_, mendakwa lelaki terbabit bertindak agresif terhadap isterinya yang sedang bekerja sambil mendukung seorang kanak-kanak.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika wanita berkenaan sedang bertugas sebelum lelaki terbabit datang dan memintanya pulang untuk menjaga anak.

“Tak semua lelaki layak jadi ayah dan suami. Kau bayangkan waktu isteri tengah bekerja, buat perangai jerit-jerit depan kedai suruh balik jaga anak.

“Saya menyaksikan sendiri kejadian itu kerana kereta saya diparkir bersebelahan mereka. Lelaki itu juga dilihat seolah-olah mahu mengangkat tangan terhadap isteri dan anaknya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dan bersimpati terhadap wanita dan kanak-kanak terbabit.

Pengguna Threads, @Yazid.hamka_, berkata dia berasa sedih melihat situasi tersebut dan berharap keselamatan wanita serta anak itu dapat dibela.

“Saya tak tahu isu sebenar, tetapi hancur hati tengok. Kesian isteri, kesian anak. Di khalayak pun berani buat begini,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna, @Iamsisanor, berharap pihak majikan mengambil berat terhadap kebajikan pekerja berkenaan selain memberikan bantuan yang sewajarnya.

“Aku harap pihak majikan ambil kisah dan peduli tentang kebajikan pekerja. Risau melihat anak dan isteri berdepan situasi seperti ini,” katanya.

Sementara itu, pengguna @Wany_bellaa turut meluahkan rasa simpati selepas melihat keadaan kanak-kanak terbabit yang didakwa berada dalam ketakutan sepanjang insiden tersebut.

“Sedih tengok. Dengan anak dia tak pakai selipar lagi. Dalam ketakutan. Tolonglah tinggalkan lelaki macam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN