DALAM kehangatan suasana Ramadan lalu yang sarat dengan nilai kebersamaan, satu kelainan tercipta di Taiping, Perak. Deruman enjin motosikal bergabung dengan semangat silaturahim menerusi penganjuran konvoi komuniti yang bukan sahaja mencuri perhatian, malah memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam suasana santai. Kemeriahan Ramadan di daerah itu disemarakkan lagi dengan penganjuran konvoi bermotosikal yang menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan utuh. Seramai 25 ahli Kelab Motosikal Salam Taiping telah menghadiri majlis berbuka……














