fbpx
Beginilah keadaan banjir yang berlaku di Kampung Chegar Medang, Bentong pada akhir tahun lalu.

Lari dulu sebelum Bentong tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Penduduk di kawasan berisiko banjir di Chegar Medang dan Benus di sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan, malah sudah bersedia melarikan diri jika banjir besar berlaku di kawasan mereka buat kali ketiga.

Tinjauan Kosmo! di Kampung Chegar Medang dan Benus di sini mendapati, bukan sahaja belum bermula sebarang projek tebatan banjir, malah kawasan su­ngai di belakang kampung masih tidak dibersihkan.

Sebahagian kawasan sungai juga masih belum didalamkan sepenuhnya selain terdapat longkang yang tersumbat.

Seorang penduduk Benus, Atan Uda, 58, berkata, keadaan di kawasan itu yang masih terdedah dengan banjir telah menimbulkan keresahan penduduk.

“Alat amaran banjir pun sudah tidak berbunyi, hanya boleh menyalakan lampu.

“Saya hairan mengapa su­ngai di bahagian hadapan sahaja dibersihkan, tetapi di belakang kampung masih bersemak. Banyak kawasan di tengah su­ngai pula seakan-akan pulau yang langsung tidak dibersihkan.

Penduduk membersih rumah yang dipenuhi lumpur akibat banjir besar di Taman Chegar Medang, Bentong pada Disember tahun lalu.

“Kalau hujan lebat berterusan, pas­tinya aliran air akan terhalang. Kea­daan tebing di sebe­lah kampung yang rendah pula akan menyebabkan air cepat melimpah,” katanya.

Atan memberitahu, pulau-pulau yang terbentuk di tengah sungai berpunca daripada pokok yang tumbang menyebabkan sampah tersangkut seterusnya ditimbuni pasir yang kemudiannya ditumbuhi rumput.

Seorang penduduk Kampung Chegar Medang, Zulmi Abdul Aziz, 58, berkata, dengan cuaca yang sudah mula tidak menentu ketika ini membuatkan dia bimbang dengan bencana banjir yang boleh berlaku lagi hujung tahun ini seperti yang terjadi pada Mei lalu dan akhir tahun 2021.

Atan menunjukkan alat amaran banjir yang mengalami kerosakan
di Benus, Bentong baru-baru ini.

Katanya, selain mendalamkan sungai berhampiran kampung, seharusnya longkang-longkang dan perparitan di kawasan kampung juga dapat dibaiki dan ditambah baik dengan segera.

“Pada masa ini, aliran longkang pun tidak berapa lancar menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna yang boleh mengakibatkan air cepat melimpah.

“Selepas banjir besar pada hujung tahun lalu, berlaku lagi kali kedua banjir tahun ini, tetapi tidak berapa besar dan kini kami risau kali ketiga berlaku semula banjir yang besar,” katanya.

Keadaan Sungai Benus yang masih belum didalamkan di bahagian belakang Kampung Chegar Medang dan Benus di Bentong.

Selain Kampung Chegar M­edang dan Benus di sini, lebih 140 buah rumah melibatkan hampir 1,000 penduduk di empat buah kampung di sekitar Janda Baik di Bentong turut terjejas teruk selepas pusat pelanco­ngan popular itu ditenggelami air dalam kejadian banjir kali kedua pada Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN