fbpx
Tangkap layar seorang wanita mengacukan pisau pada Rain Rave Water Music Festival 2026.

[VIDEO] Rain Rave: Wanita miliki pisau antara beberapa individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dianggarkan 30,000 pengunjung membanjiri malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang, di sini malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keseluruhan penganjuran festival sejak 30 April lalu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, hanya satu tangkapan melibatkan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun dilakukan selepas dia didapati memiliki senjata berbahaya iaitu pisau.

“Wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kita akan mendapatkan perintah reman terhadapnya. Motif dia membawa senjata berkenaan masih dalam siasatan,” katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata, beberapa individu mencurigakan turut ditahan sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan sepanjang festival tiga hari tersebut.

“Secara keseluruhan, program ini berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” jelasnya.

Tambah beliau, seramai 500 pegawai dan anggota polis digerakkan setiap malam sepanjang festival itu, melibatkan kekuatan dari Kontinjen Kuala Lumpur, enam daerah di bawahnya serta bantuan dari Bukit Aman.

“Penugasan ini besar bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin,” ujarnya.

Sementara itu, beliau merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran festival anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Tourism Malaysia.

Fadil turut hadir setiap hari sepanjang penganjuran bagi memantau situasi semasa termasuk aspek keselamatan dan kelancaran trafik di sekitar lokasi. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zi Yangg (@jxsttin_)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN