fbpx

PRU-15: Putus hubungan PN, syarat Pas bersama UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang akhbar selepas Perjumpaan Khas UMNO di WTCKL, di sini hari ini. -FOTO/ AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – UMNO sudah memberikan masa kepada Pas untuk memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu bersama parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui pertemuan telah diadakan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mereka berbincang perkara berkaitan dasar.

“Tentunya perkara ini saya telah bawa ke Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO. Keputusan Majlis Tertinggi mengabsahkan (mengesahkan) sekiranya Pas mahu bersama kita iaitu setelah memenuhi syarat yang kita tentukan.

“Tanpa memenuhi syarat itu, maka kami akan bergerak secara solo. Bukan kami terlampau yakin, tetapi kami yakin bahawa tanpa mereka, sudah tentu kita mesti bergerak mengikut kaedah peperangan bagi menghadapi pilihan raya secara kaedah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Perjumpaan Khas, Presiden UMNO dan Perdana Menteri di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, jika Pas mahu bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN), parti itu bebas untuk menggunakan lambang mereka, tetapi UMNO boleh bertolerasi untuk menjalin kebersamaan jentera bagi menghadapi PRU-15.

Mengulas berkenaan tarikh yang diberikan kepada Pas, beliau meminta soalan itu ditanyakan sendiri kepada parti tersebut.

“Ada beri tarikh, mereka tahu tarikh itu. Anda tanya kepada mereka,” ujarnya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI