fbpx

Kaut untung jual kad NFC TnG lebih lima kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa KPDNHEP memeriksa sebuah premis yang didakwa menjual kad tersebut pada harga berlipat ganda.

PUTRAJAYA- Taktik seorang pekerja di kaunter pembayaran stesen minyak yang mengaut keuntungan berganda menerusi penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) secara online terbongkar apabila ramai rakyat merungut sukar mendapatkan kad tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pekerja kaunter itu dikesan mengaut kentungan besar apabila dikesan menjual kad yang asalnya bernilai RM10 (tanpa sebarang kredit di dalamnya) pada kadar lebih lima kali ganda menerusi platform online.

“Kesukaran mendapatkan bekalan melalui premis stesen minyak terpilih selain transaksi dalam talian dan menggunakan aplikasi TnG seperti diuar-uarkan bagaimanapun membongkarkan wujud penjualan kad NFC di beberapa platform online sejak kebelakangan ini dengan harga berlipat kali ganda.

“Kami menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC selain mengesan 13 iklan jualan membabitkan beberapa platfrom dalam talian bagi tempoh April hingga 25 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Beliau menjelaskan, berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes sama.

“Pasca pemeriksaan awal, sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit antara lain menuntut supaya maklum balas atau penjelasan rasmi dikemukakan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

“Kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas,” katanya.

Pada masa sama, Alexander berkata, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP dan pengurusan kanan kementerian seterusnya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG yang dijangka berlangsung minggu ini.

“Pertemuan berkenaan antara lain bertujuan mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC seperti dikemukakan ramai pengguna.

“Sebarang perkembangan mengenai hasil pertemuan antara KPDNHEP dengan syarikat TnG akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Justeru, katanya, orang ramai boleh terus menyalurkan aduan dan maklumat kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP berhubung isu sama untuk tindakan lanjut melalui WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000; Portal Adian; e-aduan.kpdnhep.gov.my; call centre 1-800-886-800; emel [email protected] dan Ez ADU KPDNHEP.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI