fbpx
MUSZAIDE ketika beramah mesra dengan penduduk di Tanjung Sedili, Kota Tinggi di sini.

PRN Johor: Warga Sedili mahu stesen minyak bakal tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Isu ketiadaan stesen minyak yang membelenggu kira-kira 10,000 penduduk di sekitar DUN Sedili sejak sekian lama bakal berakhir apabila fasa pertama pembangunan kemudahan itu dijangka bermula dalam tempoh dua bulan lagi.

​Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sedili, Muszaide Makmor berkata, masalah itu bakal diselesaikan segera susulan komitmen dua pihak iaitu Koperasi Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Sedili dan seorang pengusaha individu yang tampil bagi mengusahakannya.

​Menurutnya, kedua-dua pihak telah menjalinkan perjanjian dengan BHPetrol, iaitu syarikat di bawah Boustead Holdings dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

​”Banyak kita tahu posting dekat Facebook ataupun media sosial, mereka (penduduk) bertanyakan tentang pam minyak di Sedili. Jadi dalam hal ini, kita dari dulu memang menunggu siapa yang boleh ada kemampuan untuk membuka pam minyak ini.

​”Alhamdulillah, kedua-dua pihak ini telah masuk kebenaran merancang dan mereka pun ada buat perjanjian dengan BHPetrol.

“Atas kapasiti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Kota Tinggi yang juga Menteri Pertahanan yang mana LTAT dan juga boustead ini di bawah pemerhatian serta pemantauan beliau, mereka telah buat perjanjian,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanjung Sedili di sini.

​Mengulas lanjut mengenai perkembangan projek tersebut, Muszaide yang juga penyandang kerusi DUN Sedili memaklumkan bahawa permohonan kebenaran merancang kini berada di fasa terakhir dan difahamkan sudah pun diluluskan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

​Katanya sebagai langkah awal untuk mempercepatkan bekalan petrol kepada komuniti setempat, pihak konsultan bersedia menggunakan kaedah pam mudah alih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN