fbpx

Pelajar menderita ketumbuhan hidung tak dapat bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ain Nasuha (dua dari kiri) selepas menjalani pembedahan ketumbuhan hidung di KPJ Shah Alam baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang remaja perempuan untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah terpaksa dilupakan seketika selepas dia me­ngalami masalah kesihatan kronik iaitu ketumbuhan pada bahagian hidung.

Ain Nasuha Samsuri, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Seni Malaysia (SSeM) di sini baharu sahaja menjalani pembedahan di KPJ Shah Alam untuk membuang ketumbuhan berkenaan, namun masih belum stabil apabila mengalami kesan samping akibat penyakit berkenaan.

Bapa tirinya, Sezali Daud, 60, berkata, ketumbuhan tersebut membuatkan Ain Nasuha mengalami sakit kepala teruk sehingga menjejaskan struktur hidungnya.

Bukan itu sahaja, anak tirinya itu turut mengalami masalah penglihatan dan menyukarkan remaja berkenaan untuk menjalani kehidupan harian.

“Boleh dikatakan Ain Nasuha tidak boleh tengok benda terang kerana ia akan menyebabkannya sakit kepala. Dia juga susah untuk bernafas dan kerap rasa berdebar.

“Sudah hampir dua bulan dia tidak bersekolah. Jika hadir sekali pun, hanya untuk mengambil peperiksaan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Sezali, mereka memerlukan bantuan kewangan kerana kos rawatan susulan setakat ini mencecah RM50,000 sebulan yang mana keluarganya kini bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Katanya lagi, pendapatan sebagai pemuzik jalanan juga tidak mencukupi untuk membantu anaknya itu bagi mendapatkan rawatan secara berterusan di hospital.

“Banyak yang perlu kami sediakan termasuk kos pengangkutan dan sebagainya. Jadi, itu juga termasuk dalam perbelanjaan tambahan yang perlu kami tanggung,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank RHB di 16247400083480 (Sezali Daud) atau meng­hubungi Sezali di talian 010-27001311.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI