fbpx
Tangkap layar video seorang penunggang motosikal melakukan khianat terhadap sebuah kereta di Plaza Tol Kajang Lekas Ahad lalu.

Pemandu disaman, penunggang motosikal ‘tendang’ kereta didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang penunggang motosikal yang melakukan khianat terhadap sebuah kereta di Tol Kajang Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, Ahad lalu bakal didakwa di mahkamah pukul 9 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi.

“Selain itu, suspek turut dikenakan tindakan kompaun di bawah Kaedah 8(1) Peraturan Lalulintas Jalan 1959 atas kesalahan tidak mematuhi lorong yang betul.

“Pemandu kereta iaitu pengadu yang terlibat juga telah disaman di bawah Kaedah 6(1) Peraturan Lalulintas Jalan 1959 atas kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong yang dipercayai menjadi punca kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tindakan seorang penunggang motosikal melakukan khianat terhadap sebuah kereta di Tol Kajang Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) menghala ke selatan, akhirnya membawa padah apabila dia diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN