JAKARTA – Pasukan bomba dan penyelamat di Kulon Porgo, Indonesia terkejut apabila menerima panggilan kecemasan untuk membuka penutup botol minuman (tumbler) daripada seorang pelajar universiti, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian dirakam di Jabatan Bomba dan Penyelamat Wates, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @harianjogja menunjukkan beberapa anggota bomba cuba menanggalkan penutup botol yang ketat dan sukar dibuka.
“Mahasiswi berusia 19 tahun itu sudah meminta bantuan daripada rakan-rakannya sehinggalah pengawal keselamatan tetapi penutup itu masih tidak boleh dibuka.
“Proses menanggalkan penutup itu mengambil masa antara 10 hingga 15 minit,” kata Ketua Badan Pengurusan Becana Wilayah (BPBD) Kulon Progo, Raden Chris.
Rakaman itu mencatatkan lebih 87,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bomba memang penyelamat,” kata seorang netizen. – AGENSI














