fbpx
PATRICIA (kanan) bersama Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Shazman Shahid ketika majlis pelancaran kejohanan tersebut.

Peserta 10 negara meriahkan Kejohanan Pickleball Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Edisi kedua Kejohanan Pickleball Malaysia yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun depan terus mendapat sambutan menggalakkan apabila menarik penyertaan hampir 10 buah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Score Sports Management, Patirica Tan menjelaskan, penyertaan melibatkan peserta antarabangsa itu membuktikan bahawa sukan itu semakin mendapat tempat di peringkat global.

Katanya, kejohanan itu sudah pun menarik penyertaan peserta-peserta dari beberapa buah negara seperti Thailand, Kemboja, Filipina selain turut menarik penyertaan dari United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan.

“Kami ada menerima penyertaan daripada peserta-peserta dari Thailand, Kemboja, Filipina serta UK dan Afrika Selatan. Buat masa ini, hampir 10 buah negara sudah mendaftar tetapi penyertaan masih dibuka,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa lagi penyertaan melibatkan peserta dari Taiwan, Singapura, Indonesia dan Vietnam bakal menambahkan lagi seri kejohanan tersebut.

Tambah Patricia, sambutan menggalakkan daripada peserta terhadap kejohanan tersebut menunjukkan bahawa pickleball memiliki potensi cukup besar untuk menarik penyertaan pelbagai peringkat dari dalam dan luar negara.

Sebagai rekod, kejohanan itu akan berlangsung di PLAYA Raquet Club @ PARC Subang dan bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM66,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN