fbpx
Kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan baru-baru ini

KPT hulur RM3,000 kepada pelajar IPT mangsa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan sumbangan RM3,000 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, sumbangan itu disalurkan melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS).

“Sumbangan RM3,000 melalui YPS kepada pelajar IPT mangsa kebakaran di Sandakan, Sabah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada Ahad lalu, kebakaran besar di perkampungan atas air itu memusnahkan kira-kira 1,000 rumah melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Sabah, bagi menyantuni mangsa terjejas akibat tragedi kebakaran besar itu dan mengumumkan bantuan bernilai RM300 diberikan kepada 454 murid warganegara Malaysia daripada 12 sekolah yang terjejas, melalui Kementerian Pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN