PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Amaran tersebut melibatkan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian).
“Seterusnya Sarawak melibatkan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Limbang) serta Sabah iaitu di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu),” menurut MetMalaysia pada hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE














