fbpx
Tangkap layar video menunjukkan dua daripada tiga pelajar perempuan itu menghisap rokok. - TikTok

3 pelajar perempuan santai hisap rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tiga pelajar perempuan di Sleman, wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta menerima kecaman orang ramai apabila dirakam menaiki sebuah motosikal sambil menghisap rokok, lapor portal berita Lambe Turah. 

Ketiga-tiga remaja berkenaan dipercayai pelajar sebuah sekolah menengah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan motosikal yang dinaiki tiga remaja terbabit berhenti di sebuah lintasan kereta api.

Meskipun ketiga-tiga mereka memakai topi keledar, dua pelajar terbabit  dilihat santai menghisap rokok sebelum ditegur oleh seorang pemandu lori. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 194,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Sedih melihat generasi sekarang,” kata seorang netizen. 

“Kelakuan budak zaman sekarang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSIU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN