fbpx
Dr Dzulkefly (berdiri, tengah) di Majlis Penyerahan Blok Tambahan HTAN, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

KKM fokus bina tiga hospital baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi tumpuan kepada pembinaan tiga buah hospital baharu, selain memperkukuh fasiliti sedia ada bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tiga projek hospital yang dalam perancangan dan pelaksanaan itu ialah Hospital Petra Jaya di Kuching, Sarawak, Hospital Sultanah Aminah (HSA 2), Johor Bahru, dan Hospital Tuanku Ja’afar 2 di Seremban.

Menurut beliau, Hospital Petra Jaya dijangka siap menjelang hujung tahun ini selepas mengalami beberapa kelewatan dalam tempoh pembinaannya.

“Hospital Petra Jaya merupakan antara projek yang telah lama dirancang. Walaupun berdepan lanjutan masa, kita harap ia dapat disiapkan sepenuhnya hujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, Hospital Sultanah Aminah 2 pula berada dalam proses tender, manakala projek Hospital Tuanku Ja’afar 2 baru diluluskan untuk perolehan tapak.

Katanya, buat masa ini, KKM tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina hospital baharu selain tiga projek tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN