fbpx

Tiga penunggang motosikal cedera langgar kereta berhenti di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu SUV yang menggunakan lorong kecemasan di di Kilometer 370, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai semalam.

TANJUNG MALIM – Tindakan sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan mengakibatkan kemalangan membabitkan tiga motosikal dalam kejadian di Kilometer 370, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai semalam.

Kejadian itu menyebabkan sekumpulan penunggang motosikal berang dan memarahi pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-5 hingga insiden tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, laporan berkaitan kemalangan tersebut diterima semalam di mana SUV itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan berusia 34 tahun itu berhenti di lorong kecemasan kerana isterinya yang hamil mahu termuntah.

“Ketika pemandu SUV itu mahu bergerak semula, sebuah kereta Toyota Alphard secara tiba-tiba memasuki lorong kecemasan. Tindakan itu menyebabkan lelaki berkenaan terkejut lalu brek secara mengejut.

“Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang berada di lorong sama sempat membrek, namun dilanggar oleh sebuah motosikal Honda RS150R yang turut melanggar belakang SUV.

“Sebuah motosikal Benelli RFS150 dari arah belakang pula tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal Honda,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, kesemua penunggang motosikal cedera ringan manakala kenderaan terlibat mengalami kerosakan kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI