fbpx

Mahkamah: Wanita direman kes penipuan pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berusia 23 tahun direman bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan tidak wujud di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang ahli perniagaan wanita berusia 23 tahun yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan tidak wujud dikenali sebagai ‘Savingbywaniey’ atau Free Cash (FC) direman selama dua hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Nurul Ainna Ahmad di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah dengan diiringi polis kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum proses reman terhadapnya selesai sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, suspek yang sebelum ini diburu polis menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua lagi suspek termasuk wanita mengandung dibebaskan dengan jaminan polis.

Kosmo! Online pada 25 Ogos lalu melaporkan polis bertindak menahan dua wanita berusia 30 tahun dan memburu seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan tidak wujud dikenali sebagai ‘Savingbywanie’ atau Free Cash dengan kerugian kira-kira RM1.2 juta.

Polis menerima sebanyak 33 laporan polis dari mangsa yang dikatakan terlibat dalam skim pelaburan berkenaan sehingga mencecah kerugian RM1.2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI