fbpx
JANNA menegaskan tidak semua individu bernasib baik membesar dalam suasana serba mewah dan berkelas.

‘’Classy’ tidak boleh dibuat-buat, kalau rempit tu rempit jelah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick menegaskan latar belakang keluarga memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian seseorang, termasuk dirinya yang mengakui tidak terlepas dilabel ‘rempit’.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata, pengalaman membesar dalam persekitaran sederhana menjadikan dia lebih jujur dan terbuka tentang siapa dirinya hari ini.

“Saya terbaca satu hantaran tentang perempuan cantik ‘classy’ dan cantik ‘rempit’. Saya ini rempit, bukanlah minah rempit pergi berlumba malam-malam, tetapi sebab saya membesar di kampung.

“Umur 11 tahun saya sudah bawa motosikal. Pergi sekolah pun bawa motosikal sendiri bertahun-tahun. Saya juga pernah membesar di kawasan flat.

“Jadi memang tidak boleh lari daripada nampak ‘rempit’,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, bintang filem Juang itu menegaskan tidak semua individu bernasib baik membesar dalam suasana serba mewah atau berkelas, sekali gus menolak tanggapan stereotaip terhadap penampilan seseorang.

“Saya cuma mahu cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam persekitaran ‘classy’.

“Dan ‘classy’ itu tidak boleh dibuat-buat. Kalau ‘rempit’ itu, rempit sahaja,” ujarnya.

Perkongsian tersebut hadir susulan perbincangan hangat dalam Threads mengenai pembahagian kategori wanita berdasarkan penampilan sama ada ‘classy’ atau ‘rempit’, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Bukan semua orang lahir dengan ‘silver spoon’. Apa yang penting, kita jadi diri sendiri.

“Rempit atau classy bukan ukuran nilai seseorang. Hati baik lagi penting.

“Yang penting usaha dan cara kita bawa diri sekarang, bukan masa lalu,” tulis netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak berpandangan persepsi sebegitu tidak wajar dijadikan ukuran mutlak terhadap nilai seseorang individu, sebaliknya lebih kepada ‘mulut jahat’ masyarakat semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN