fbpx

Ibu bapa tertekan sekolah larang pakaian seragam tidak berjenama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU BAPA membelanjakan wang yang banyak untuk pakaian seragam sekolah pada setiap tahun. -Getty

LONDON – Sebilangan ibu bapa di Britain yang bergelut untuk menyara keluarga, bimbang tidak mampu membeli pakaian seragam apabila penggal persekolahan bermula kerana beberapa buah sekolah mengharamkan pakaian tidak berjenama, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. 

Ketika krisis kos sara hidup terus menghantui rakyat Britain, ramai ibu bapa turut diberitahu bahawa anak-anak mereka perlu memakai pakaian seragam sekolah yang berjenama.

Ini menyebabkan mereka terpaksa membeli pakaian mahal dengan semakin ramai ibu bapa meminta bantuan daripada badan amal pakaian sekolah, lapor akhbar Mirror.

Ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah, Jenny Rosenbaum membuat petisyen supaya pihak sekolah membenarkan pakaian dari pasar raya.

“Mana lebih penting antara kanak-kanak dapat bersekolah dan mendapat pendidikan berbanding pemakaian seragam yang mahal?

“Tindakan itu adalah seperti di sekolah swasta,” katanya kepada akhbar tersebut.

Pada November tahun lalu, Jabatan Pendidikan (DfE) mengarahkan pihak sekolah untuk mengehadkan bilangan barangan berjenama untuk membantu menguruskan kos.

Tinjauan oleh Persatuan Kanak-kanak sebelum ini mendahkan bahawa ibu bapa membelanjakan £337 (RM1,818) secara purata untuk seorang anak di sekolah menengah dan £315 (RM1,699) untuk anak di sekolah rendah. 

“Kami menyediakan panduan baharu untuk pihak sekolah membantu menjadikan seragam sekolah sebagai barangan mampu milik dan memastikan nilai wang terbaik dibelanjakan oleh keluarga.

“Ini memerlukan sekolah mengekalkan penggunaan barangan berjenama pada tahap minimum dan mengehadkan penggunaannya kepada barangan kos rendah atau tahan lama,” kata seorang jurucakap DfE. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI