fbpx
Anwar diiringi Aminuddin sajian masak lemak ikan baung, daging salai, sambal daun tempoyak dan kuih lopang di Restoren Ombong Salai di Bandar Sri Sendayan hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

PMX nikmati daging salai, kuih lompang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk makan tengah hari bersama kariah Masjid Sri Sendayan dan orang ramai di Restoran Ombong Salai di Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang memakai baju Melayu berwarna biru muda, tiba kira-kira pukul 2.20 petang selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Hujan lebat tidak menghalang Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit dan beramah mesra dengan pengunjung di restoran berkenaan.

Beliau dihidangkan dengan sajian masak lemak ikan baung, daging salai, sambal daun tempoyak dan kuih lompang yang disediakan pemilik restoran, Zulkifli Mohd. 53.

“Menteri Besar pun pernah makan di sini, dan apabila Perdana Menteri berkesempatan menjamu selera di sini, secara tidak langsung, kami sangat teruja untuk menyajikan makanan terbaik,” kata Zulkifli.

Turut hadir mengiringi Anwar, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN