fbpx
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho. - Getty Images

Isu Jho Low, itu urusan Amerika Syarikat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak akan menghalang sebarang usaha ahli kewangan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang dilaporkan memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurut beliau, perkara itu adalah urusan dalaman Amerika Syarikat dan kerajaan Malaysia tidak bercadang mengambil sebarang tindakan rasmi berhubung isu berkenaan.

“Kami tidak menyokong jalan itu. Tetapi sudah tentu, itu urusan Amerika Syarikat, urusan mereka sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) Tahun 2026 di Bandar Sri Sendayan, Seremban di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia akan mengemukakan bantahan rasmi kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat sekiranya pengampunan diberikan kepada Jho Low.

Beliau turut menegaskan isu tersebut bukan perkara utama dari sudut pandang Malaysia dan menyifatkannya sebagai “non-issue”.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN