fbpx
Dr Mohammed Taufiq dalam sidang media selepas Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di Bandar Sri Sendayan, Seremban, hari ini.

Langkah penjimatan tidak jejas persiapan Sukan Komanwel, Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan langkah penjimatan yang sedang dilaksanakan tidak akan menjejaskan persiapan atlet negara menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, penjimatan itu hanya melibatkan perbelanjaan yang tidak berkaitan secara langsung dengan atlet, termasuk pengurusan dan kos lain yang dikenal pasti boleh dikurangkan.

Beliau menegaskan kualiti persiapan atlet, penglibatan dalam temasya sukan serta sasaran pingat negara kekal seperti ditetapkan tanpa sebarang pengurangan.

“Penjimatan ini tidak melibatkan pengurangan kualiti persiapan atlet, pengurangan keterlibatan dengan sukan dan juga kualiti sukan itu sendiri,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di Bandar Sri Sendayan, Seremban, di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia akan menyertai 10 acara sukan di Sukan Komanwel dan 27 acara sukan di Sukan Asia, dengan persiapan berjalan seperti dirancang.

“KBS kini sedang meneliti perbelanjaan secara terperinci bagi memastikan hanya kos tidak perlu dikurangkan selaras usaha penjimatan kerajaan,” katanya.

Edisi ke-23 Sukan Komanwel akan berlangsung di Scotland bermula 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026 manakala Sukan Asia 2026 dijadualkan berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt ini di Aichi-Nagoya, Jepun.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pelan Tindakan Pembangunan Belia 2035 yang mempunyai tujuh teras utama sedang digerakkan secara rentas kementerian.

Antara fokusnya termasuk kepimpinan digital, kecerdasan buatan (AI), pendidikan dan peluang pekerjaan, bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti dan berdaya saing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN