fbpx

EPL: Christian Pulisic terdesak tinggalkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULISIC gagal mendapat kepercayaan Tuchel menyebabkan dia perlu mencari pasukan baharu untuk mendapatkan lebih minit permainan. – AFP

LONDON – Kem Chelsea ketika ini diselubungi isu penghij­rahan pemain sayap mereka, Christian Pulisic yang terdesak untuk mendapatkan minit permainan.

Laporan menyebut, Chelsea bersedia melepaskan khidmatnya terutama untuk dijadikan umpan kepada AS Roma apabila pengurus mereka, Thomas Tuchel dikatakan berminat untuk membawa masuk pemain tengah pasukan itu, Nicolo Zaniolo.

Sebelum ini, jurulatih Roma, Jose Mourinho dikatakan mahu terus mengekalkan khidmat pemain muda Itali itu apabila menghalang penghijrahannya menyertai Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, Cheslea yakin bahawa dengan tawaran harga yang menarik ataupun tawaran pertukaran pemain yang tepat mampu membuatkan Mourinho berubah fikiran.

Pulisic terdesak untuk mendapatkan minit permainan ketika dia mahu terus kekal dalam skuad Amerika Syarikat ke saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November ini, namun kehadiran Raheem Sterling bakal mengehadkan peluangnya itu.

Lebih memburukkan kea­daan, khidmat Pulisic juga dikatakan tidak mendapat kepercayaan daripada Tuchel ­biarpun kedua-dua mereka pernah bekerja bersama-sama di Borussia Dortmund sebelum ini.

Pada aksi pertama saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu menentang Everton, Tuchel meletakkan Pulisic di bangku simpanan sebelum memasukkan sebagai pemain gantian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI