fbpx

Nenek 93 tahun sahut cabaran sukan ekstrem udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BETTY Bromage mengikat dirinya pada sayap pesawat untuk melakukan aksi tersebut. – Sue Ryder/SWNS

LONDON – Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan pernerbangan aerobatik di udara.

Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder.

Diilhamkan oleh sebuah iklan bar coklat di televisyen, warga emas berkenaan mengambil bahagian dalam sukan ekstrem itu pada usia 87 tahun walaupun mengalami radang sendi pada lehernya.

“Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan sehinggalah anda mencuba.

“Saya berusia lewat 80-an ketika kali pertama mencuba aktiviti seumpama ini. Sebelum itu, aktiviti paling berbahaya yang pernah saya lakukan adalah menunggang kuda,” katanya.

Setakat ini, Bromage telah menyelesaikan lima cabaran berjalan di atas sayap pesawat, melintasi garisan zip terpantas dunia di Snowdonia dan melakukan aktiviti turun cenuram setinggi 49 meter di Menara Eagle, Cheltenham. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI