fbpx

Luahan pembaca: Nama sawan babi buat orang tak suka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sawan babi akan mengakibatkan penghidapnya mengalami kekejangan. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Dari dahulu sampai sekarang dunia ini tidak terlepas daripada penyakit. Penduduk Malaysia juga tidak terkecuali.

Covid-19 misalnya amat popular kerana sering disebut dalam kaca televisyen, media elektronik dan sebagainya. Sekarang orang sudah tidak kisah walaupun kes jangkitan harian lebih 5,000.

Kementerian Kesihatan menjadi pihak yang paling sibuk untuk merawat pesakit dan memberi peringatan demi peringatan supaya sama-sama kita mencegahnya.

Bila dapat salah satu penyakit yang disenaraikan kementerian itu, banyak kesengsaraan timbul bila ia bertambah serius dan berakhir dengan kematian.

Pesakit pula terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk rawatan.

Salah satu penyakit yang tidak disukai ialah gila atau sawan babi yang berkait rapat dengan kekejangan atau ‘tarik’.

Jika diserang, penghidapnya akan menggigil hingga memerlukan bantuan segera. Lebih membuatkan orang tidak suka apabila ia melibatkan nama binatang pula. Ramai mudah mendapat penyakit itu dan biasanya orang politik tidak menyukai langsung kerana ia boleh membawa imej buruk.

Penyakit adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri termasuk dari pemilihan makanan sejak awal lagi.

Sama-samalah kita mencegahnya bagi menjadikan Malaysia kembali bebas seperti sebelum ini.

Abd. Razak Osman,
Sungai Petani, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI