fbpx
ANWAR bergambar dengan para pendidik pada Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik di Kompleks Pendidikan Nilai di sini, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Belajar agama banyak, kes buli tidak berkurang ini penyakit akhlak – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya menutup atau menyembunyikan kes buli di sekolah demi menjaga imej institusi pendidikan tidak boleh diterima, sebaliknya setiap insiden perlu dibongkar dan diambil tindakan tegas bagi melindungi mangsa.

Beliau berkata, usaha meningkatkan mutu pendidikan bukan sekadar melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik, tetapi membentuk insan yang memiliki nilai keimanan, akhlak dan kemanusiaan.

Menurutnya, kejadian buli yang terus berlaku walaupun murid menerima pendidikan agama membuktikan masih wujud masalah akhlak yang perlu ditangani secara menyeluruh.

“Ada penyakit. Belajar agama banyak, tetapi kes buli tidak berkurang. Ini penyakit akhlak. Pendidikan yang diterima tidak sebati dengan konsep membentuk manusia sehingga ada yang meremehkan dan menghina orang lain,” katanya pada Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik di Kompleks Pendidikan Nilai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengenai peranan institusi pendidikan dalam melahirkan guru sebagai ejen perpaduan dan mendidik generasi masa depan.

Anwar berkata, pendidikan perlu mengangkat aspek insaniah kerana ciri utama seorang manusia ialah keimanan dan akhlak, bukan semata-mata pencapaian akademik atau kepakaran dalam sesuatu bidang.

“Keutamaan kita ialah meningkatkan mutu pendidikan. Untuk mendidik manusia. Kadang-kadang orang berpendidikan tinggi dan memahami pelbagai bidang, tetapi tidak memahami nilai kemanusiaan,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes buli di sekolah yang disifatkannya sebagai sesuatu yang amat merungsingkan.

“Saya tidak senang dengan kes buli kecil sekalipun. Jangan sampai sekolah lebih mengutamakan menjaga imej daripada menyelamatkan anak yang sengsara dan tertekan.

“Guru besar yang membongkar kes tidak salah. Yang salah ialah jika tidak mengambil tindakan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN