fbpx
Mohd. Latfi memeriksa keadaan anaknya, Muhammad Luqman ketika ditemui di Kampung Batu 2, Gurun, Sungai Petani semalam.

Buntu cari RM7,000 demi nafas anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang pemotong rumput buntu memikirkan nasib anak tunggalnya yang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk bernafas setelah disahkan mengalami penyakit berkaitan paru-paru sejak berusia 23 hari.

Muhammad Luqman Mohd. Latfi yang kini berusia 10 bulan dilahirkan secara pramatang pada usia kandungan 26 minggu dan memerlukan bantuan mesin oksigen sepanjang masa bagi mengelakkan komplikasi serius.

Bapanya, Mohd. Latfi Baharom, 39, berkata, kekurangan oksigen boleh menyebabkan bayi itu mengalami sawan, sukar bernafas dan membahayakan nyawanya.

Menurutnya, anaknya menggunakan mesin oksigen yang di­pinjamkan oleh Hospital Sultan Abdul Halim, namun peralatan tersebut perlu dipulangkan semula bagi kegunaan pesakit lain.

“Saya bekerja sebagai pemotong rumput dan tidak mampu membeli mesin yang berharga antara RM6,000 hingga RM7,000.

“Selama ini hospital membenarkan kami menggunakan mesin itu, namun selepas dimaklumkan ia perlu diserahkan semula, saya hilang punca kerana tiada wang untuk membelinya,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 2, Jalan Jeniang, Gurun dekat sini semalam.

Katanya, bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya cukup untuk membeli susu, lampin pakai buang serta menampung kos membawa anaknya ke hospital apabila mengalami komplikasi pernafasan.

Ujarnya, dia terpaksa mengambil cuti panjang untuk menjaga anak selepas isterinya, Nuruljannah Zulkifly, 27, dima­sukkan ke hospital akibat terjatuh.

“Doktor memaklumkan isteri saya mengalami masalah pada tulang belakang.

“Saya juga tidak boleh mengharapkan ibu mentua, Saripah Ahmad, 61, kerana dia ada masalah ke­sihatan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 02084020502989 atas nama Nuruljannah atau ­menghubungi Mohd. Latfi di talian 014-327 4307.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN