fbpx

Putik lancar aplikasi perniagaan teknologi Stopover

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Shahril (tengah) melawat salah satu pameran ketika menghadiri Majlis Pelancaran Pertubuhan Usahawan Teknologi, Inovasi dan Kreativiti Kinta Perak (Putik), Program SIL dan Aplikasi Stopover di Hotel M Roof, Ipoh hari ini. /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kerajaan negeri melalui Pertubuhan Usahawan Teknologi Inovasi dan Kreativiti Kinta, Perak (Putik) melancarkan aplikasi perniagaan digital Stopover yang boleh diakses di seluruh dunia bagi membantu usahawan mempromosikan produk mereka dalam pemasaran digital.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, usaha Putik dengan aplikasi yang dilancarkan itu dilihat memberi ruang yang besar untuk Perak melahirkan lebih ramai anak muda yang berbakat dalam memenuhi keperluan pemain industri bagi mengisi ruang kepakaran digital.

Beliau berkata, perbezaan aplikasi itu dengan yang lain adalah Stopover menawarkan sistem ganjaran berbentuk ‘cash money’ dengan menyasarkan para peniaga kecil, sederhana dan besar di seluruh negeri.

“Pelanggan yang menggunakan aplikasi ini hendaklah mengimbas Kod QR khas bagi melayakkan mereka menerima pulangan tunai dari pembelian mereka di premis perniagaan yang menyertai sistem ini.

“Pemenang akan menerima pulangan tunai secara terus ke dalam akaun bank mereka. Selain itu, untuk memastikan data para pelanggan terjamin, aplikasi ini menggunakan sistem SSL Encryption,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Usahawan Teknologi, Inovasi dan Kreativiti Kinta Perak (Putik), Program SIL dan Aplikasi Stopover di Hotel M Roof di sini hari ini.

Jelasnya, platform sekuriti dari aplikasi itu dari Billplz dan Maybank pula dilantik sebagai bank pembayar.

“Aplikasi ini dibangunkan sejak Disember tahu lalu dan kini sudah didaftarkan di dalam sistem android dan iOS dan sedia untuk digunakan,” katanya.

Sementara itu, Khairul Shahril berkata, in menerusi inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), pihaknya menambah lima buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 71 buah pusat PEDi di Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI