fbpx
SAARANI Mohamad ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh hari ini.

Perak perkukuh pembangunan seimbang, 40 peratus pelaburan baharu diagihkan ke luar Perak Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan Perak menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 40 peratus daripada keseluruhan pelaburan baharu disalurkan ke luar kawasan Perak Perdana (Perak Prime).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sasaran yang digariskan di bawah Prinsip Pengimbangan Wilayah dalam Rancangan Struktur Negeri Perak (RSN) 2040 (Kajian Semula) itu sebagai usaha memperkukuh pembangunan ekonomi yang lebih seimbang di seluruh negeri.

“Perancangan pembangunan setiap daerah dilaksana secara bersepadu berpandukan dokumen utama negeri seperti Pelan Perak Sejahtera 2030, RSN 2040 dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD).

“Di bawah prinsip ini, sekurang-kurangnya 40 peratus pelaburan baharu disalurkan ke luar kawasan Perak Perdana,” katanya ketika menjawab soalan lisan S. Wasanthee (PN-Hutan Melintang) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Menurut Saarani, Hutan Melintang merupakan penerima manfaat utama strategi itu apabila diangkat sebagai Pusat Bandar Sekunder yang berperanan menyokong pembangunan Wilayah Selatan Perak.

Katanya, daerah berkenaan juga termasuk di dalam Koridor Perbandaran Negeri yang menjadi pelengkap pertumbuhan dalam negeri dan Koridor Ekonomi Sempadan Rentas Negeri (KES) Hutan Melintang-Sungai Lang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN