fbpx
Suspek dibawa SPRM bagi permohonan sambung reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Seleweng dana RM230 juta, timbalan NGO disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang Timbalan Yang Dipertua sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang pengarah sebuah syarikat susulan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta.

Perintah reman selama lima hari sehingga 30 April depan terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Timbalan Pendaftar Faizah NorRanderan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Permohonan sambung reman itu dibuat sejurus tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari selain SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM150 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN